Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam atau pada sepertiga malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.


"Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda:
“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud

Solat sunat tahajjud adalah sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.Mendekatkan seorang hamba dengan PenciptanyaTanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: 
“Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

Bilakah Waktu Sepertiga Malam?

Sepertiga malam bermula selepas selesai solat Isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh. dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kalau jarak antara waktu Isyak dan Subuh itu adalah 9 jam, maka 3 jam pertama selepas Isyak dikira 1/3 awal, 3 jam kedua dikira 1/3 pertengahan dan 3 jam terakhir dikira 1/3 akhir malam. Bermakna (kalau di Malaysia), kira-kira pukul 3 pagi itulah waktu 1/3 akhir malam.

Maka, kita boleh solat tahajjud 1/3 awal, 1/3 pertengahan pun tidak ada masalah, 1/3 akhir malam pun bagus cuma digalakkan solat tahajjud itu dilakukan 1/3 akhir malam kerana waktu itu merupakan waktu sahur dan digalakkan supaya banyak berdoa dan memohon keampunan:
“(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.” (Ali Imran : 17)
Dan melakukan solat tahajjud pada 1/3 akhir malam lebih memudahkan kita kerana lepas Isyak kita boleh tidur dulu dan bangun sekitar 4 pagi ke then boleh buat solat tahajjud, solat witir. Selepas tu ada masa terluang, boleh gunakan untuk study ke, baca al-Quran ke dan dapat menunggu masuk waktu Subuh. 

Berbanding kalau kita buat 1/3 awal, lepas tu kita mesti nak tidur balik. Takut terlajak Subuh, dan punyalah kita nak jaga yang sunat sehingga yang fardhu terabai.

Kelebihan Solat Tahajjud

  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Cara Memudahkan Bangun Solat Malam

  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)


loading...


Berminat dengan plan kewangan terbaik?
plan pengurusan tabung simpanan pendidikan anak2, plan pengurusan risiko perubatan dan plan simpanan persaraan.
Boleh whatsapp 011-21691878 untuk persaraan yang bergaya.

Sila nyatakan:

Nama Penuh:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Pendapatan Bulanan:
No Telefon:
Kami akan janakan 'quotation' untuk anda!

Ferdaus mohamed,
011-21691878.
BBA(Hons) in Islamic finance,
Aia Takaful Life planner,
'pakar pengurusan risiko kewangan anda'

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
. © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top