Manusia, Antara Cobaan Dan Citarasa   

Manusia, takkan sunyi dari cobaan hidup. Cobaan datang tak di pinta, tak di doa, tak di undang. Datangnya kekadang hingga mengoyak dan meremuk hati, tak tetanggung dek perasaan!!! 

Hajat, memang banyak sekali yang sentiasa meruntun citarasa manusia. Berbagai keinginan, berbagai keperluan. Sabda Rasulullah SAW di dalam satu hadis, bahawa tidak akan tumbuh satu pohon pun di muka bumi ini seandainya tidak ada impian dan cita-cita. Namun, dalam kebanyakan hal, mencapainya sulit bangett deh!!!     

Selagi hayat masih di kandung badan, pasti ada saja cobaaan hidup yang membadai, dan sentiasanya juga hati dan fikiran manusiawi di ulit citarasa, impikan sesuatu untuk kelansungan hidup yang di kira bahagia di dunia ini!!!

Sehubungan ini, Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya yang islam, solat hajat yang amat mustajab. Pesanan Baginda, mohonlah sesuatu yang baik dengan niat yang baik, kerana yang baik itu diredzai Allah SWT dan RasulNya, yang buruk akan sentiasa disenangi oleh syaitan iblis dan musuh-musuh islam dari kalangan manusia.

Solat Hajat Yang Amat Mustajab

Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud RA, katanya bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “12 rakaat, barangsiapa yang bersolat di malam atau di siang hari, dan di baca pada tiap-tiap rakaat akan fatihah dan sesuatu surah, dan ia bertasyahud pada tiap-tiap 2 rakaat serta memberi salam, kemudian ia bersujud sesudah bertasyahud dari 2 rakaat yang terakhir sebelum memberi salam,serta membaca di dalam sujud tersebut;
• Fatihah --- 7 kali,
• Ayat Kursiyy --- 7 kali, 
• Mengucapkan --- 10 kali ﻵﺍِﻟَﻪَﺍِﻻﱠﺍﷲُﻭَﺣْﺪَﻩُﻵﺷَﺮِﻳْﻚَﻟَﻪُ ٭ ﻟَﻪُﺍﻟْﻤُﻠْﻚُﻭَﻟَﻪُﺍﻟْﺤَﻤْﺪُﻭَﻫُﻮَﻋَﻠَﻰﻛُﻞﱢﺷَﻲْﺀٍﻗَﺪِﻳْﺮٌ ٭
• Kemudian diteruskan dengan doa, 
ﺍَﻟﻠﱠﻬُﻢﱠ ﺇﻧﱢﻰﺍَﺳْﺌَﻠُﻚَ ٭ ﺑِﻤَﻌَﺎﻗِﺪِﺍﻟْﻌِﺰﱢﻣِﻦْﻋَﺮْﺷِﻚَ ٭ ﻭَﻣﻨْﺘَﻫَﻰﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﺔِﻣِﻦْﻛِﺘَﺎﺑِﻚَ ٭  ﻭَﺑِﺴْﻤِﻚَﺍْﻻَﻋْﻆَﻢِﻭَﻭَﺟْﻬِﻚَﺍْﻷَﻋْﻠَﻰ ٭ ﻭَﻛﻠِﻤَﺎﺗِﻚَﺍﻟﺘﱠﺎﻣﱠﺔِ ﺍَﻥﺗَﻘْﻀِﻲَﺣَﺎﺟَﺘِﻲْ٭٭٭٭٭٭ ٭ ٭٭kemudian memohon hajatnya, 
• Lalu (dengan bertakbir) ia mengangkatkan kepalanya serta memberi salam ke kanan dan ke kiri, maka sesungguhnya Allah SWT akan memenuhi hajatnya itu.”

Kemudian Ibnu Mas’ud berkata lagi, bahawa Rasulullah SAW berpesan: “jangan sekali-kali kamu ajarkannya (amalan ini) kepada orang-orang yang jahil, kerana ia (amalan ini) adalah doa yang amat mustajab.”       
  
Caranya:
  1. Waktunya siang atau malam (kecuali waktu-waktu yang di larang bersolat);
  2. 12 rakaat, tiap-tiap 2 rakaat memberi salam, diulangi 6 kali;
  3. Dalam tiap-tiap rakaat, membaca Fatihah dan sesuatu ayat dari surah-surah al-Qur'an (sekurang-kurangnya membaca paling kurang 3 ayat, boleh juga di baca pada pertengahan ayat-ayat sekurang-kurang 3 ayat dari mana-mana surah);
  4. Sesudah bertasyahud pada 2 rakaat yang terakhir, sebelum memberi salam, lantas sujud dengan bertakbir, lalu membaca di dalam sujud;
  •  Fatihah --- 7 kali,
  •  Ayat Kursiyy --- 7 kali, 
  •  Mengucapkan --- 10 kali

[Tiada Tuhan selain Allah, Maha Esa tidak bersekutu bagiNya, padaNya kerajaan dan padaNya pujian, dan Dia berkuasa ke atas segala sesuatunya]
  • Kemudian teruskan dengan doa,

[Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu, dengan keteguhan ikatan arasyyMu, dengan semaksima rahmat dari kitabMu, dengan nama-namaMu yang agung (ismul 'adzham) serta wajahMu yang tertinggi, dan kalimah-kalimahMu yang sempurna, moga Engkau kabulkan hajatku ini....]

Kemudian memohon hajat di dalam hati dalam bahasa sendiri. Selesai menyatakan hajat, angkat kepala dari sujud (dengan bertakbir), lalu mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri.
Wallohu 'aklam, moga bermanfaat!!!

loading...


Berminat dengan plan kewangan terbaik?
plan pengurusan tabung simpanan pendidikan anak2, plan pengurusan risiko perubatan dan plan simpanan persaraan.
Boleh whatsapp 011-21691878 untuk persaraan yang bergaya.

Sila nyatakan:

Nama Penuh:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Pendapatan Bulanan:
No Telefon:
Kami akan janakan 'quotation' untuk anda!

Ferdaus mohamed,
011-21691878.
BBA(Hons) in Islamic finance,
Aia Takaful Life planner,
'pakar pengurusan risiko kewangan anda'

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
. © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top