SUAMI ADALAH NOMBOR 1. Semua kita tahu dan faham tugas dan ketaatan isteri setelah berkahwin adalah kepada suaminya dan anak-anak. Tanggungjawab ibubapa sebelum ini ke atas dirinya telah berpindah ke atas bahu suaminya. Sebab itu bila berlakunya perkara yang tidak sepatutnya dan membuatkan hati seorang suami merajuk dan jauh hati, maka si isteri menanggung dosa, sepertimana jika suami tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap isterinya, juga berdosa.
23 SIKAP ISTERI YANG MENDERHAKAI SUAMI. Melalui pengamalan saya dalam sesi kaunseling yand saya adakan dan melalui pembelajaran juga pemerhatian, saya dapati ada beberapa sikap isteri yang tak sepatutnya dilakukan terhadap suaminya. Sikap ini boleh menyebabkan isteri jatuh derhaka dan dilaknak oleh Allah Taala. Saya senaraikan untuk tatapan kita bersama agar memberi sempadan dan motivasi ke arah menjadi insan yang diredhai.
1- Tidak melayan suami untuk menghibur hatinya
2- Keluar dari rumah tanpa izin suami
3- Tidak pandai menjaga makan minum suami
4- Bercakap dengan nada yang kasar terhadap suami
5- Tidak melayan sebaiknya ibu dan keluarga suami
7- Terlalu berkira-kira dengan suami
8- Keterlaluan dalam bercakap hingga suami rasa tak selesa
9- Banyak meminta-minta dan terlalu suka berbelanja
10-Suami balik kerja tak disambut dengan suasana gembira
11-Mengutamakan kawan dan kenalan daripada keluarga
12-Bermalas-malasan dalam mengurus suami dan anak-anak
13-Menegur suami ikut suka tak ikut kesesuaian masa
14-Tidak pandai menjaga harta benda suami
15-Terlalu banyak merungut hingga meresahkan suami
17-Tak pandai menghias diri untuk kegembiraan suami
18-Enggan berpindah mengikut suami
19-Bercerita tentang keburukan dan kekurangan suami
20-Tidak menjaga kebersihan dan keselesaan di rumah
21-Bermasam muka dengan suami walau kerana hal yang kecil
22-Berlaku curang di belakang suami
23-Minta digugurkan talak daripada suami.
“Aku melihat nereka dan aku melihat sebahagian besar penghuninya adalah kaum wanita.” Mereka bertanya, ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Baginda bersabda, ‘Mereka menderhakai suami dan menderhakai kebaikan. Sekiranya seseorang dari mereka engkau perlakukan dengan baik sepanjang masa, lalu dia melihat (sesuatu) darimu, dia akan berkata, “Aku tidak pernah melihat satu pun kebaikan darimu selama ini”.
PEREMPUAN KE NERAKA KERANA DERHAKA SUAMI. Dari hadith di atas, majoriti ahli neraka adalah wanita. Dan antara puncanya adalah menderhakai suami. MasyaAllah! Telah banyak kita dengar keruntuhan rumahtangga walau beberapa hari dibina. Janji tinggal janji. Kebahagiaan yang diimpi namun kesedihan datang umpama mimpi ngeri.
SUAMI AMBIL ALIH PERANAN IBUBAPA. Apabila seseorang wanita itu dikahwini oleh seorang lelaki, perlu disedari bahawa lelaki itulah segalanya. Dia telah mengambil tanggungjawab besar menjaga seorang wanita daripada jagaan ibubapanya. Dia yang bertanggungjawab atas makan-minum, pakai dan tempat tinggal serta keselamatan. Dia juga telah berikrar menjaga wanita yang dikahwininya berpandukan syariat Ilahi! Maka tanggungjawab utama seorang isteri adalah pada suaminya.
MATILAH DALAM KEADAAN DIRI DIREDHAI. Saya tidak mahu mengulas tanggungjawab suami terhadap isteri, mngkin lain kali… Apa yang nak saya bincang secara ringkasnya di sini adalah kesalahan atau dosa yang dilakukan oleh isteri terhadap suami yang membawa kepada kecelakaan dan dilempar ke neraka di akhirat nanti. Ini persoalan serius, jangan dibuat main-main. Umur seseorang tiada jaminan walau sesaat saja lagi! Jangan mati disaat diri dikeji dan dibenci…
MUHASABAH DIRI. Sebenarnya hadith di atas membuatkan saya banyak berfikir. Kenapa ramai penghuni neraka dari golongan wanita? Mengapa berlakunya demikian? sedangkan dari apa yang saya belajar dan saya amati, seorang wanita itu amat senang nak ke syurga. Jika disenaraikan amalan yang perlu dilaksanakan hanya buat beberapa sahaja dah layak ke syurga… Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:
“Jika seseorang isteri telah melakukan solat lima waktu dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan di samping memelihara kehormatan diri dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya; masuklah ke mana-mana syurga yang kamu kehendaki.”
AMALAN SEDIKIT MAMPU BAWA DIRI KE SYURGA. Namun bila difikirkan lebih dalam lagi, saya jumpa jawapannya mengapa… Memang tak banyak perkara yang perlu dibuat oleh seorang isteri untuk masuk syurga Allah. Tetapi yang sedikit inilah yang sukar dilakukan. Tanggungjawabnya amat berat. Jika tidak berhati-hati, pasti diri akan dilaknat Ilahi.
WANITA LEMAH SIFATNYA. Dari segi psikologi juga menunjukkan perempuan itu senang diganggu emosi yang tak seimbang. Jika tidak pandai mengurusya, pasti hidup merewang dan tidak senang. Bahagia yang dicari, duka lara yang diperolehi. Dilihat dari segi fizikal juga demikian keadaannya. Senang terdedah dan diserang penyakit. Anggota yang tidak kuat juga menjadikan jiwa makin senang diserang kerisauan dan hidup dengan tidak selesa.
BERUSAHA MENJADI ISTERI SOLEHAH. Walau apapun keadaan kita, wajib kita bersyukur dan redha. Allah Taala maha mengetahui dan maha penyayang kepada seluruh hambaNya yang taat. Apa yang penting kita sentiasa buat yang terbaik dan sedaya yang boleh dalam usaha menjadi isteri solehah. Semoga dengan segala kepayahan dan kesusahan yang dialami diberi ganjaran di akhirat nanti. Amiin. Wallahua’lam.


loading...


Berminat dengan plan kewangan terbaik?
plan pengurusan tabung simpanan pendidikan anak2, plan pengurusan risiko perubatan dan plan simpanan persaraan.
Boleh whatsapp 011-21691878 untuk persaraan yang bergaya.

Sila nyatakan:

Nama Penuh:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Pendapatan Bulanan:
No Telefon:
Kami akan janakan 'quotation' untuk anda!

Ferdaus mohamed,
011-21691878.
BBA(Hons) in Islamic finance,
Aia Takaful Life planner,
'pakar pengurusan risiko kewangan anda'

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
. © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top