DOA MINTA DITURUNKAN REZEKI YANG BAIK
Screen shot 2014-02-16 at 11.37.57 PM
“Ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau ;, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.” (Surah al-Maidah: 114)
Penjelasan:
Doa di atas menerangkan tentang mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Isa ‘Alaihissalam bagi memberi bukti bahawa dia adalah Rasul utusan Allah, yang diturunkan kepada manusia dengan misi untuk menyampaikan risalah Allah s.w.t. dan memberi peringat kepada mereka yang telah sesat dan jauh dari Allah s.w.t.
Diberikan mukjizat kepada Nabi Isa ‘Alaihissalam dengan menurunkan hidangan yang lazat-lazat terus dari langit. Setelah Nabi Isa ‘Alaihissalam memanjatkan doa tersebut, turunlah rezeki Allah dari langit sebagai bukti kebenaran kerasulan beliau dan sebagai bukti kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. atas segala sesuatu. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa-doa hamba-hambaNya. Sahabatku sekalian, jangan sekali-kali kita berhenti dari memohon dan meminta pertolongan dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t, kerana semua doa dari hamba-hambaNya pasti akan dimakbukan olehNya.
HARAM MEMINTA-MINTA TANPA SEBAB YANG DIBENARKAN
Diriwayatkan juga oleh Imam Muslim dari Qabishah Mukhariq, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Wahai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali bagi salah satu dari tiga orang iaitu pertama seseorang yang menanggung hutang orang lain, ia boleh meminta sampai melunaskannya kemudian berhenti, kedua seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya boleh meminta sampai mendapatkan semula sandaran hidup dan ketiga seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya mengatakan Si fulan sudah ditimpa kesengsaraan hidup, ia boleh meminta sampai mendapatkan sandaran hidup. Meminta-minta selain dari tiga hal itu adalah haram dan orang yang memakannya adalah memakan yang haram.”
Kita dapat faham dari hadith di atas bahawa perbuatan meminta-minta tanpa hajat yang dibolehkan Islam hukumnya adalah haram kecuali tiga perkara yang mengharuskannya. Moga kita dapat elakkan diri dari perbuatan meminta-minta, sebaliknya perlu gigih berusaha tanpa berputus asa mencari rezeki dengan titik peluh kita sendiri. Rezeki Allah ada di mana-mana dan setiap daripada kita telah pun dijamin rezeki masing-masing olehNya. Yakin dengan janji Allah s.e.t. sebagimana firmanNya dalam Surah Huud ayat 6:
Screen shot 2014-02-17 at 12.01.40 AM
“Dan tiada ada satu pun makhluk yang melata di bumi melainkan Allah yang menjamin rezekinya dan mengetahui tempat menetap dan tempat penyimpanannya. Semuanya itu tertulis di dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).” (Surah Huud: 6)


loading...


Berminat dengan plan kewangan terbaik?
plan pengurusan tabung simpanan pendidikan anak2, plan pengurusan risiko perubatan dan plan simpanan persaraan.
Boleh whatsapp 011-21691878 untuk persaraan yang bergaya.

Sila nyatakan:

Nama Penuh:
Tarikh Lahir:
Pekerjaan:
Pendapatan Bulanan:
No Telefon:
Kami akan janakan 'quotation' untuk anda!

Ferdaus mohamed,
011-21691878.
BBA(Hons) in Islamic finance,
Aia Takaful Life planner,
'pakar pengurusan risiko kewangan anda'

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
. © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top